Kamunting, Perak. 2 days 1 night

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Ceh perpaduan. Semoga semua dalam keadaan baik je. 

Ni takdelah entry travel sgt. Kira travel la sebab all the way aku drive hahahah rasa la jugak travelling dia tu kikiki :P


Takpe lah. Aku just nak cerita saje hahaha hope terhibur okay. Asal annoying sgt do. 


Pengarang jantung pisang saya!

Asalnya aku nak ke Kamunting, Taiping sebab kenduri Kak Shima 19hb Jan. But 18hb aku dah gerak dari KL sebab nak luangkan masa dgn Yana and rehat lama sikit. 


Asalnya memang dah plan awal sebulan dgn Yana nak gi kenduri Kak Shima. So kitorg dah plan nak gerak macam mana, tidur mana, apa semua la. So, seminggu sebelum nak pegi, aku dah book hotel, hadiah, duit utk travel (minyak, toll, makan). Tggu utk nak gerak je.



18hb Jan '19
6.00am Yana dah kejut aku (Yana call) sebab aku nak kena keluar rumah utk ke opis dulu (hadiah aku saje tinggal dekat opis sebab besar sgt nak bawak naik moto). So 6.30am mcm tu aku dah gerak ke opis. Dah settle ambil hadiah, aku terus ke Sg Buloh utk ambil Yana. Sejam jugak aku nak ke sana sebab jam sikit area damansara.

8.45am masuk highway Plus. Lepas sejam driving, aku benti dekat Tapah sebab nak makan walaupun tak rasa lapar. 


Tup tap tup tap, aku sampai di Taiping pukul 10.30am. Sampai2 je, aku terus call Bapak, inform dia. 

Nak dijadikan cerita, check in pukul 2pm. Mencanak dua ekor ni nak berjalan panas2. Aku pun kata, gi la jenjalan dulu sementara nak pukul 2pm. Dah la org gi solat jumaat. 

Saje nak gi jenjalan area Muzium Perak, sekali muzium takde parking daaa~ atau aku je tak tahu mana nak parking, so i giveup. Kitorg pi pusing lagi dekat area Lake Garden, nampak pulak Mekdi, so i makan mekdi jugak. Lapar terox! 


Lepas makan Mekdi, kitorg mcm dah takde arah tuju, makanya kitorg lepak dalam kereta dulu around 30mins jugak sebab dah buntu(t) nak pegy mana. Ambil keputusan utk lepak dekat Lake Garden.




Gaya mesti ada k walaupun gemuk. Sumpah ni nampak gemuk gila!! Lantak pi!

So lepak sini around sejam dan merempat mcm org tak betul hahaha kitorg pun terus pegy hotel. Alhamdulillah, dapat jugak masuk. Akhirnya, penyeksaanku telah berakhir. 


Boleh ke nak review sikit? Eh ni bukan paid review eh! Ni aku paid, saje nak review.

Okay, kita ni dah penat2 mesti nak rehat tempat yg selesa sikit kan? Kalau ada 5 star, aku bagi 2 star je. Bukan nak malukan atau aib. Aku seram duduk hotel ni sebab dia punya hotel, atas kedai. Dan bila kau berjalan, mungkin org dalam kedai tu boleh dgr kau jalan dekat atas. Aku tak berapa suggestkan hotel gini.

Otak aku selalu overthinking, risau lah kan jadi pape. Tapi alhamdulillah la takde apa jadi. okkkkkkk, aku teruskan perjuangan ni.


Lepas dah masuk hotel, aku mandi2 and solat semua. Time tu dah pukul 3.40pm dah. Aku punya tak tahan mata, eh tertidur pulak. Satu si perangai Yana ni, time aku tidur la dia sukaaaaaa betul ambil gambar. Dengkur tu jgn cite la, aku dah penat teruk. Bak kata Yana, dengkur aku tu mcm aku tekan minyak nak sampai Taiping. Sumpah do, penat drive sebenarnya. 


6.45pm aku terjaga, terus gi solat, gosok gigi and cuci muka sebab nak pegy makan. Nasib baik kedai makan Teylend depan hotel je. Sedap pun sedap. - eh maaf ye, saya tak ambil gambar sebab lapau naau! Lepas balik dinner tu, kitorg balut hadiah dalam bilik and pukul 12.30am baru tidur. Berborak, bergurau. Biasalah, duduk 2 tahun sebilik, bila bergaduh, mcm nak roboh bilik tu. 



19hb Jan '19
Okay, bgn tidur je dah pukul 7.45am. Solat, gosok gigi, cuci muka then baring balik. Sementara tu, layan PUBG dulu. Around 3-4 game, baru terasa perut lapau. So selesai semua sesiap dan gi breakfast dekat kedai yg sama sebab si mcm meriah je. Kitorg turun breakfast pun dah pukul 9.30am.

Letak hadiah dalam kereta, then terus gi makan. Sedap wehhhh dia punya mee celup dia. Biasalah, org pure Thailand yg buat, mmg padu lah kan. 




Satu je yg buat spoil, sambal kicap dia.

Masalah aku ni kalau makan mee celup, habis nak bagi menangis je. Suka makan pedas-pedas sebab mcm itu nikmat sebenar kalau kau betul2 nak makan. 

Tgh2 makan tu, aku suka la tgk kereta. Yelah, kereta tu dah la comel, kiut sgt. Lagi comel bila tiba2 ada saman. CUNNNNN!! Masa bila dia datang menyaman tah. Pelik aku. Aku tanya Yana, kau perasan tak bila dia saman? Yana kata tak. Invisible rupanya gampang tu. Hahahah marah nampak. 


Aku malas nak amik port, aku biar je dulu (tapi gelabah jugak sebenarnya, sebab malas nak cari tempat bayar). Lepas kitorg dah sesiap, baru aku nak gi settlekan. 


Naik hotel dah pukul 10.30am. Pumpang pumpang, kitorg sesiap. Around 11.45am kitorg dah siap dan dah ready dalam kereta sebab check out pukul 12pm.




eh berangan la sikit sebab make up time tu on point pulak :P


Opss sebelum tu, masih tak dilupakan dgn saman saya tu. Kena selesaikan awal sebab kalau menangguh, berjuta pulak saman aku :(



Kalau bayar dalam masa 24jam cuma RM15 je. JE k JE!


Nak byr saman utk weekend area Taiping adalah di kaunter Zoo Taiping ye teman2. Selesai bayar saman, terus ke arah Kamunting. Bandar Taiping ke Kamunting around 15-20mins je. Ingatkan nak tunggu sekali kawan-kawan dari KL (budak2 Menara), tapi dorg pun sangkut dekat Tapah. I pun dah lapar, so i dgn Yana makan dulu utk hilangkan rasa kelaparan tu kikiki


Berangan apa-apa tolong serahkan pada saya :D


Tak edit pun memang dah cantik. Cuma nampak bulat je. Comel jugak.


Make up on point teruk. Kulit pun nampak bersih, pls bagi chance :)

Sesudah sampai, kitorg terus ke arah makanan yg memanggil-manggil sebab perut dah kuat gila berjamming. Sementara tggu Kak Shima sampai, i pun makan dulu lerlz!~



Cantik kan dia punya pelamin. Eksklusif gila!

Makan byk2 sebab nanti nak drive balik KL pulak.

Pengantin pun sampai. Kak Shima dah la kecik je orgnya. Kiut je duduk atas pelamin!

Kemain sejam lebih jugak la menanti budak2 tu nak sampai. Kitorg sempat berborak, nampak ex-boss. Yana nampak je ex-boss aku, terus takde selera nak makan. Kah~

Apa lagi, sesi photography pun bermula bila budak2 ni sampai. Dorg dah settle makan baru startnya pun hai!



Tiutnya semua orang :P

Nice tak nice belakang cerita k k k k k! eh TAK, TGN AKU TU PAHAL? BUKAN KAU NAK KAHWIN TAU HUSNA!!


Boleh kan nak cerita guna gambar je? Ah boleh tak boleh, boleh jugak~ kkkk!

Nasib pakai heels je weh. Itu pun Caei tertutup dgn si Dijoh. 

Aku saje bagi besar sebab senang nak tgk muka org lain. Jgn nengok muka aku dah ler!

Ini lah pengantinnya! Dr Azri and Kak Shima (my senior at Klinik Menara, Shah Alam)

Dorg sgt la sepadan, sedondon, warna baju dorg pun cantik sebab lagi gelap warna, lagi nampak seri pengantin. Hihihi Selamat Pengantin Baru kak Shima. Opss, Puan Shima dah skrg~

My ex-boss. Iols takde la rapat nau dgnnya, sebab jaga appointment dia je buatkan selalu kena jumpa dia :(

Boss yg ajak 

Abg2 Menara yg tak sado :P


semua nak masuk jugak hahahah


OKAAAAAAAAAAAAYYYYYYYY~
Dah sampai masa utk balik. Aku balik sekali dgn Fatin and Caei sebab dorg directly nak balik KL. So why not naik highway sekali kan? 

So, lepas keluar je dari Kamunting, terus naik highway. Alhamdulillah tanpa berhenti dan tahap kelajuan 110-150km/h, sampai rumah aku barai teruk. Padahal esoknya aku nak gi hiking puloks. 

Gerak dari Kamunting around 2.30pm dan sampai di Bukit Jelutong pukul 5.15pm. Non stop dan bawak pun kejap perlahan kejap laju. So selesai urusan dekat Bukit Jelutong (sebab melawat budak klinik). Jama' dulu and terus balik hantar Yana. Itu pun dah pukul 6.15pm. 

Hantar Yana dalam pukul 7.20pm sampai dan aku terus gerak balik ikut jalan dalam. Malas dah nak balik ikut highway. Sampai rumah around 8.30pm. PUBG masih tidak dilupakan dan lepas isya aku terus tidur. Barai habis. Aku tak tau nak explain barai aku tu mcm mana. So aku rasa betul2 aku jet lag. 

Pengakhiran agak hambar~ So jom baca yg next pulak. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara guna inhaler dan aerochamber

Padang and Bukittinggi, Indonesia 4D3N

Quality over quantity friends?