Quality over quantity friends?

Assalamualaikum and salam sejahtera ~

Entry kali ni tak berapa nak panjang, but yeah, aku harap dapat jadi pengajaran dan iktibar utk masa depan kita bersama. Maaf jika ada yg terkurang dan terlebih kata. Aku hanyalah manusia biasa (rasa mcm lirik pulak. Boleh tuju satu lagu? K over~)

I know this is a totally very sensitive topic, but maafkan aku sebelum pape terjadi. Aku cuma nak share bukan nak aibkan mana-mana pihak. Maafkan atas kedegilan aku. 



Kawan.
Semua org boleh jadi kawan. Sesiapa yg kau dah kenal semestinya dah jadi kawan kau. Tapi tak semua kawan kau akan jadi kawan selamanya dan tak semua bukan kawan kau tak akan jadi kawan kau. Haa, faham tak faham, pls baca berulang kali hahaha :P

I got a lot of friends. But yg ada betul2 time susah, betul2 berapa kerat je. Maaf kepada teman seperjuangan. Aku appreciate semua kawan2 aku yg selalu bagi moral support dekat aku. Jgn pernah salah anggap, aku takkan pernah buang kawan2 aku. Cuma aku kecilkan circle aku sahaja.

Quality over quantity.
Kuantiti. Jumlah kawan aku ramai. Since aku sekolah tadika sampailah besar ni, serious ramai. Lagi2 aku sejenis manusia yg sgt peramah dan mulut tak berhenti nak berborak sebab cepat sgt adapt dgn hidup org. 

Kualiti. Sahabat yg sentiasa ada kala jatuh bangun aku. Susah senang sama2. Someone who connected very well with me dan yg aku kenalkan pada family and family pun accept. Berapa byk "dan" daaa! Ah pedolik. 

Kawan, sesiapa ada kawan. Tapi kalau sahabat, seribu tahun kau cari pun, bukan senang nak dapat. Kalau dah dapat, pls jaga dan jgn pernah lepaskan.

Aku bukanlah kawan yg terbaik tapi aku masih berusaha menjadi sahabat yg terbaik. Aku sanggup susah payah utk kawan yg mana aku anggap sahabat, ternyata aku salah memilih sahabat sebab aku selalu ditikam belakang dgn org paling aku percaya. Sikap berhati-hati aku tersangatlah aku menjaga sehingga aku takut nak berkawan.

Kawan2 yg baik sepatutnya nak tgk korg berjaya dalam hidup. Dorg sepatutnya nak tgk korg happy, thrive dan jadi the best version of yourself. Mungkin kadang2 dorg tak setuju dgn pilihan yg kau pilih utk life kau, but dorg akan tetap stay berdiri sebelah kau utk support kau no matter what do. As long as benda tu tak sakitkan kau skrg or utk jangka masa yg panjang. Sometimes, dia boleh jadi susah utk nak support kawan kau bila kau tak agreed dgn apa yg dorg nak. Kau tak semestinya kena setuju dgn apa keputusan dia buat. But pape pun, kau kena sentiasa ada utk dia and always be open-minded utk dengar luahan each other, appreaciate perasaan dan pendapat dia.

Semenjak aku dah tahu erti kehidupan dan masih mencari kehidupan sejati, aku berusaha utk menjadi sahabat yg terbaik pada sahabat-sahabat aku. Circle aku kecil. Aku cuma ada 6 org sahabat yg aku anggap yg terbaik bagi aku. 

Aku memilih dalam bersahabat sebab aku kena secure diri aku supaya tak terlalu sakit.

Kenapa aku pilih 6 org tersebut?
Pilihan aku tetap dan takkan pernah berubah. Aku pilih sebab time aku susah senang sentiasa support aku. Support dari segala aspek dan buat aku jadi takut utk hilang. Kualiti bersahabat dalam diri dorg sgt tinggi tarafnya sampai aku tanya pada diri aku "how come they can be like this?"

Gelak, mengadu domba, isu kerja, isu life, isu doa, gaduh, maki, semuanya dikongsi bersama dan bukan senang utk aku lupakan pengorbanan yg dorg korbankan demi aku. 

Aku tak mengharapkan kawan2 aku utk buat suprise apa2 utk aku, but just appreciate what we've been through during the hard times. Aku yakin, dengan cara we appreciate each other buatkan friendship tu lagi intact and hard to let it go. 

Terus terang, aku seorg yg susah nak predict perangai. Aku garang but aku tunduk bila aku terlampau sayangkan friendship yg mana bagi aku sgt susah utk lepaskan. Aku buang ego aku utk jadi a better friend. Aku sanggup korbankan masa aku utk kawan aku. Aku sanggup buat apa je utk kebahagiaan kawan aku. 

For me, once you let go your ego, you will get a better life not only for your families members, it also for your own healthy relationship with your friends and loved ones. Keep that in your mind. Ego can ruin everything. 

Aku taknak ulas benda ni panjang2 sebab yelah, aku pun baru hidup setahun jagung. So aku harap kita dapat amik iktibar drpd sekeliling kita dgn apa yg berlaku dgn kawan tikam belakang, kawan makan kawan, kawan yg buat perangai tak senonoh dsb. Hope kita sama2 dapat menjadi kawan yg lebih baik dan functional demi kawan kita dunia akhirat. 

Kepada sahabat-sahabatku, kita bersahabat bukan kerana semata sahabat, kita bersahabat kerana Allah. Korg akan selamanya menjadi sahabat aku dunia akhirat. Semoga apa yg kalian buat, dirahmati Allah dan semoga kalian dalam lindungan keberkatan kehidupan Allah SWT. Sahabat dunia akhirat. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara guna inhaler dan aerochamber

Padang and Bukittinggi, Indonesia 4D3N