Bukit Denai Tiga Puteri 13 Jan '19
Assalamualaikum dan salam sejahtera ya pembaca sekalian. Gitu!
Maaf, sudah sekian lama tak update entry sebab kesempitan masa. Masa taknak bagi ruang utk meng-update. Haaaa, marilah kita teruskan dgn entry pertama utk 2019.
Sehubungan dgn itu (berbahasa betul aku utk 2019 ni), masih tak terlambat utk aku ucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga iman kita semakin kuat bagi menempuhi kehidupan dan dugaan yg turun directly dri Allah dan teruslah kita beristiqamah. Tahun pun baru, iman kena baru jugak. Tak gitu?
Okay teruskan.
Maaf, ke-excited-an tu tak boleh dicover :P
Masuk je tahun baru, aku memang dah rancang, bulan 1 ni aku nak gi hiking. Mcm biasala, Chapighah la tmpt utama aku akan ajak. So, kitorg mmg rancang 13hb nak naik Bukit Denai Tiga Puteri dekat area Damansara. So inilah hasilnya, dan selamat membaca dan menempuhi onak ranjau bersama aku kikiki
Aku tidur rumah Chapighah sebab esoknya taknak gerak lambat ke tmpt tu, tapi masih kami masih lagi lambat. Janji pukul 7 ada dekat sana, biasalah, aku cuma janji melayu, 8 baru aku ada dekat sana kikiki
Menyempat lagi walaupun dah lambat hahaha
Nak dijadikan cerita, tapi mmg dah rancang dah, tak jadila cerita. Apa aku mengarut ni weh! So, sampai sana, Chapighah, Leyla (opismate), Ijoh, Pakcik Ijoh (yg sampai skrg aku tak ingat nama dia -.-) dan Alip (kawan kolej Chapighah). Aku ni biasalah, memula tu segan2 jugak nak berborak dgn Pakcik Ijoh and Alif, lama2, pedolik apa haku. Borak jelah. Taknak awkward-kan moment tersebut.
Sesudah sampai, eh jap. Bagi siapa yg nak try2 naik Bukit Denai Tiga Puteri ni, kau boleh je waze, SMK Seksyen 10, Kota Damansara. Sebab pintu masuk dia depan sekolah ni. Jadinya, disebabkan dah lambat sampai, terpaksalah Chapighah parking jauh. Menapak tu aku rasa dah mcm warm up la konon.
Tak nampak do. Hahahha korg akan nampak "Taman Rekreasi Kota Damansara" punya papan tanda. Benda ni pun memang depan sekolah tu pun :)
Ini pintu masuk track.
So, sampai2 je, semua berkumpul dan terus naik. Biasalah, acah VVIP lah kononnya. Eh lupa nak bgtau, kalau nak naik tu, kena register nama and IC. Takyah bayar pape pun. Kalau kau nak naik sesorg, aku tak menggalakkan sebab laluan dia berlambak. Walaupun terang, kau akan kemana-mana tah kalau kau takde pendapat kedua. Haaaa, faham kan?
Sesudah berkumpul, kitorg pun meneruskan perjalanan naik ke atas. Sebabkan aku takde warm up, jadinya aku settle dgn30minit pertama dah kiok :(
Perjalanan utk naik ke atas cuma ambil masa around sejam stgh je sebab track terang dan simple.
First simpang kau akan jumpa signboard Temuan Trail. Ikut kiri. Yg ni pun aku dah berhenti tgh2 sebab blurr dgn jalan.
Dalan perjalanan, kau akan nampak la tanda ni. Bila aku nampak ni, rasa happy sebab aku mengikut track yg benar kikiki
Then akan jumpa, Sahabat Trail.
Jalan punya jalan, ada pulak dua laluan. So aku lebih memilih Unity la sebab dari bawah aku dah baca, utk ke Denai Tiga Puteri peak kena lalu Unity.
Bila dah bersahabat, mestilah kena ada sifat perpaduan dalam group. So inilah Unity nyaaaa~ okay hambar~~
Ini lah dia punya guide trail dia. Sebab dia byk nau laluan dia. So, jgn poning kepalo.
Aku tak tahu kenapa ada ni sepanjang jalan. Mungkin ini laluan anjing atau hanya anjing sahaja boleh lalu. Ke entah lah. Mungkin org yg berperangai anjing. Ok maafkan saya. itu hanya gurauan.
Berhenti kejap nak bergambar walaupun jalan dah separuh nyawa mendaki.
Lepas je pokok besar tu, korg akan nampak simpang. Kau pilih lah hala tuju kehidupan kau. hahaha boleh amik kiri sebab nak gi Peak Tiga Puteri.
Lepak2 around 30mins, siap makan sanndwich buatan sendiri, sesi bergambar pun bermula.
Kalau bab gambar tak senonoh, tolong serahkan pada aku. Confirm menjadi.
Maaf, masih tak boleh behave walaupun dah tahun baru :D
Eh, ni la yg Tiga Puteri tu. Kikikii
Macam Alif je yg takde. Hihi
Anak daro kuat bergambar gini la.
Pape pun, sebelum tu kita pakai dulu knee guard. Sampai bawah mau berasap lutut aku.
So kitorg pun start turun sebab hari pun dah panas. Time tu dah dalam pukul 10.45am dah. Memacak panas dia weh.
Selesai turun, apa lagi, jam pun dah 11.59am, elok je sampai bawah aku terus migrain dan jari jemari jemah ni dah bengkak. First time kena mcm tu.
Time ni mmg kebas teruk la.
Apabila diserahkan explanation dari pakar (Chapighah) utk aku, aku rasa tenang. Eh eh, walaupun sebelum ni jari aku mmg dah debab gitu, nampak jugaklah bezanya sebab skrg jari dah slim. Tuan punya jari je belum slim lagi kikiki
Sampai bawah, Leyla belanja (aku suruh belanja, sebab duit dalam kereta) air tembikai. Dan biasalah, sifat tamak haloba berleluasa, nak milo pulak. Haaaa itu Alif yg belanja kikiki
Disebabkan lapar teruk, kitorg pegy la makan. Migrain aku dah start buat perangai. Aku kembung air. Mampus kau. Tamak lagi en! Sampai je mamak area tu, aku order teh o ais gelas besar dan ais kosong. Air lagi! Haaa mati! Siap order Bihun sup tu. Ada hati lagi tu. Sekali, bihun sup tu aku bawak balik je.
Baru je 10sec duduk dalam kereta, bgtau Chapighah yg aku nak muntah sebab kuat sgt migrain ni. Paksa muntah la apa lagi. Then, Chapighah bentikan aku tepi longkang and aku paksa kaw-kaw muntah dia. Takkan ah aku nak spesifikkan berapa byk air dia en. Mmg byk gila ah!
Around zohor kitorg sampai rumah. Ya rabbi, aku mandi kemain lama sebab nak sejukkan badan sebab kepala panas teruk. Aku settle makan ubat and terus bantai tidur.
Ee mengadu pulak hahaha dah lah. Nanti aku buat next entry. 3 entry nak kena settle. Tangguh lama laaa kononnya! okay see you at next entry~ Byebye :)
Comments
Post a Comment