Padang and Bukittinggi, Indonesia 4D3N

Assalamualaikum dan selamat datang hihihi 

Mood nak berblog ni takde tau sebenarnya, tapi disebabkan aku nak sangat bercerita, jadinya, aku cerita la hahah 


Alkisahh~~ 

Sebenarnya dah lama dah merancang nak ke Padang sebab nak berjalan end of the year lah katakan. Rancangnya, nak pegi ramai-ramai, maklumlah, rancang mesti tak jadi. Jadi, pergi berempat jelah.  


Dari depan; Alang (abg aku), Aku, Acik (adik mak) dan Pak Ngah (abg mak)

Kena k kena! :P

Starter pack la konon! :P




DAY ONE

Perjalanan dari rumah nenek ke KLIA2 amik masa sejam lebih jugak. So pukul 1.30am aku dgn Alang dah gerak ke rumah nenek utk ke KLIA2 bersama dgn Acik and Pakngah. Macam biasa, terpaksa ambil grab sebab semua dah tidur dan kesian nak kejutkan. Yelah, esok orang kerja pulak. 

Tiba di KLIA2 pukul 2.45am dan settlekan check in luggage Acik tup tap tup tap dah pukul 4.50am. Aku ni kalau tak dapat tidur memang tak banyak cakap. Dari balik kerja pukul 6.30pm semalamnya sampai 4.50am tu tak tidur-tidur lagi. So, Alang, Acik, Pakngah dah mencari surau utk solat dan aku dapatlah rehatkan mata dan otak ni~ (monthly japan flag)

7.35am flight take off utk ke Padang (Minangkabau International Airport). Flight sejam je tapi disebabkan bawak acik-acik ni berjalan, makan pun nak order. Kita layan jela. 

Touch down diriku ini di Nagari Padang, tempat asal usul nenek moyangku gitu. Maaf ye, saya ada darah Minang je. Dah 5 keturunan asal di Gombak dan aku sendiri tak tau siapa lagi yg ada dekat Indonesia. Tokyah (Abah kepada mak aku) keturunan Mandailiang dan Nenek (Mak kepada mak aku) keturunan Talu. Tujuan asal sebenarnya nak melawat dan nak kenal tempat kehidupan keturunan aku. 


Ada tanya aku, boleh cakap minang ke? Boleh. Aku boleh cakap minang. Minang aku dgn minang negeri sembilan tu, lain sikit. Sebab dorg pakai bahasa minang purba. Tapi still, boleh je faham.



Minangkabau International Airport. Belum pape dia dah bagi aku tengok bukit-bukau. 

Dari Malaysia lagi, Alang dah settlekan tour guide/supir. Nama supir tu Uda Am. Tak menyesal la dapat dia sebab org minang jugak. So banyak berborak tentang kehidupan org minang. Dari airport, kitorg terus dibawa ke Bukittinggi sebab dekat sana lebih banyak tempat menarik berbanding di Padang. Padang tu bandar. Lebih kurang 2 jam jugak utk sampai ke Bukittinggi. 


Soto style minang di Soto Angkasa.

Sebelum sampai ke Bukittinggi, kitorg singgah di destinasi pertama, Soto Angkasa. Uda dah pesan awal-awal, bahasa minang jauh beza dgn bahasa melayu. So, kalau minta sudu, jgn cakap nak sudu, cakap nak senduk. Sebab sudu maksud di minang adalah cium. Soto dia guna nasi. Sup Dagiang dia, Allahu, sedap tidak terkata :P Biasalah, org kuat makan kan. Padahal atas flight dah melantak habiskan Nasi Lemak Acik tadi ehehehe

Second pit stop adalah Lembah Anai. Tempat shopping yg pertama utk souvenir la konon. 


Kawasan dia cuma air terjun. Bak kata Uda, "minam airnyo boliah jadi mudo 3 hari. Kalu mandi buliah jadi ketek(kecik) baliak."

"Urang minang memang banyak mengecek, banyak jugak meng-auta." kato Uda hahaha 
Lepas dah puas tangkap gambar semua, kitorg start ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Jgn cerita pukul berapa, sebab dah tak tgk jam. Fikir mengantuk dan nak makan je weh. First day dah panek (penat).


Rumah Gadang Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Kota Padang Panjang.


Aku nak cerita sikit pasal Rumah Gadang ni. 
Ia menggunakan pasak sebagai penahan dan ditanam didalam batu bagi prevent drpd gempa supaya tak runtuh dan setiap kayu akan berpusing dalam batu tersebut sekiranya berlaku gempa. Dalam Rumah Gadang ni ada sembilan ruangan dia. Setiap ruang dipisahkan dgn tiang ke tiang. Ruangan No.5 dijadikan dapur. 

Function Rumah Gadang adalah rumah sementara bagi anak gadis yg baru berkahwin. Satu ruangan cuma utk satu keluarga. Sekiranya ada tetamu, cuma ruangan itu saja digunakan. Dalam setiap ruangan ada satu bilik. Dalam bilik tu cuma kena ada suami, isteri dan anak bawah 5tahun. Kalau atas 5tahun, kena tidur depan bilik(ruangan tadi). Anak lelaki umur 10tahun keatas kena duduk disurau utk belajar agama dan cukup baligh kena merantau tujuan bermusafir. Kalau keluarga tu dah pindah ruangan lebih 8kali, perlu keluar dari rumah gadang dan cari kehidupan sendiri. 


Rumah Gadang rumah sementara sebab nak bagi si Suami sedar akan tanggungjawabnya mencari tempat tinggal dan nafkah utk anak-anak dan isteri. 


Diluar rumah gadang ada satu tempat penyimpanan padi namanya Rangkiang. Ada yg utk buat rangkiang utk buat kenduri, ada yg utk buat makanan seharian. Kenapa buat rangkiang jauh dari rumah? Sebab kalau rumah terbakar, ada lagi saki baki makanan utk dimakan.



Nasi Padang Aie Badarun

Selesai je ke Rumah Gadang "kocik" ni, kitorg meneruskan perjalanan ke Restoran Aie Badarun (Masakan Kampuang Awak). Seperti yg korg nampak dekat gambar atas, ada byk lauk kan? Bukan lauk tu kitorg habiskan semua. Tak talok (larat) weh! Kalau rasa taknak makan lauk tu, jgn disentuh. Kalau disentuh, masak lah kau nak membayar. Tapi total kitorg makan dekat sini takde la mahal sgt. Sedap pun sedap. Petai dia weh, pergh! Menikam jiwa. Sedap terox hahah 


Peak Gunung Singgalang masih lagi malu-malu nak berjumpa kali pertama gitu~

Ada gambar Alang terus tak ingat nak letak caption apa -,-

Dah "berk", kanyang paruit (kenyang perut), Uda bawa ke kedai pertama Acik pegi shopping, Istano Minang. Aku tak beli sebab tak berminat. So aku cuma menikmati permandangan sahaja. Sceneries dia sangat menikam jiwa dan indah sekali. Nangis aku tengok. Serious weh, aku nangis sebab indah sangat. 

Settle membeli belah kain pelekat utk nenek, kitorg terus naik ke Bukittinggi utk check in hotel. Alhamdulillah, dapat hotel yg dekat dgn pekan. Hotel Bunda, Bukittinggi. Takyah cite la rasa bahagia dia mcm mana. Settle mandi, aku terus terlantar bak ikan paus terdampar ditepian pantai ceh.. Dari ptg around pukul 4.30pm or 5.30pm tah, sampai la ke isya' 7.30pm (Time zone dia awal sejam dari Malaysia). Siap-siap then terus gi makan! Makan cari sendiri dekat area pekan, sebab malam aktiviti bebas. Dah macam lawatan sekolah pulak hahah


Sambil ke arah kedai makan tu, dapat lalu dekat Jam Gadang. Nak ambil gambar Jam Gadang, faham-faham la org lapar, tengok jelah, simpan dalam memori jeeee~ Hahaha
Sama jugak, makanan pun aku takde gambar kikiki 



Pahal aku nampak debab --'


Takde sejuk mana, tapi nak gak pakai sweater. 

Lepas balik dari makan, kitorg jalan-jalan sikit. Dapat la tgk kota. Gitu! Duduk dekat situ around 30minit. Sebab ni dah dekat dgn hotel and tengah-tengah pekan la camtu.



Kudo ni nama nyo Isabella. Bila panggil nama dia, dia akan jadi laju. 

Sambil berjalan nak balik ke hotel, ada pulak kacang rebus tepi jalan. Berhenti beli jugak. Sedap pun sedap lah weh. Sampai depan hotel, ada pulak kereta kuda. Dapeklah naik kereto kudo hahaha first time naik kot hahah. Harga kereta kuda ni 75000rp (RM22.50), tapi sebab Acik nak keliling kota, kena 100000rp (RM30). Bagi aku mahal la sebab sekali naik dah mahal. Kota tak la besar sgt pun tapi best jugak lah. Angin malam sojuk pulak. Time naik kereta kudo ni la dapat tahu Taman Panorama dan Lobang Jepang dekat belakang hotel je heheh. Masuk bilik, tido lagi. Apa yg penat sgt tah aku ni pun aku tak tahu. 


DAY TWO

Gunung Merapi dan kabusnya meresap dalam hati kebahagiaannya heheheh

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang utk aku terus mencari redha-Nya. Pukul 6.30am dah mandi and sesiap utk breakfast dekat hotel. Selesai makan, 7.30am kami terus bergerak ke arah Danau Singkarak (Lake Singkarak) dan itinerary hari kedua agak padat sebab nak berjalan ke Payakumbuh ambil masa 1jam lebih.


Angin menderu dgn bergitu kuat.

Sebelum sampai ke Danau Singkarak, berhenti dulu utk makan Bika. Bika ni mcm lempeng, tapi ada kelapa muda dalam dia. Sedap la and cekat kenyang. Permandangan dia, ada tasik kecil, rumah org dekat lereng bukit and ada gunung ditutupi awan. Sejuk dia jgn cite, cakap pun berkabus gitu hahha


Gunung Singgalang masih segan utk bagi tengok puncak dia.

Masih lagi malu.

Pandai Sikek ni tempat sulaman dibuat. So, sulaman dia semua cantik-cantik dan bila dorg buat, aku rasa kagum sebab buat secara teliti dan ambil masa 2-3 bulan utk siap satu kain. Dorg ada jugak jual souvenir. Setiap kedai tarikan pelancong dekat sana, mesti ada tempat minum kopi percuma. Kopi dia sedap kot. Guna brown sugar hengko.

Abaikan muka yg mcm pinggan tu.

Setelah selesai melawat kawasan, kitorg terus bergerak ke Danau Singkarak dan dalam perjalanan nampak kawasan indah ni. So Alang minta Uda utk berhenti and tangkap gambar. Sejuk pun memang sejuk. Nampak kan belakang tu ada tasik, itu la Danau Singkarak nyaaaa~

Iols bagi lebihan video ye. 

Ini Masjid Jami' apatah. Aku tak ingat nama belakang dia heheh

Ada lagi singgahan sebenarnya hahaha kitorg singgah di Masjid Jami' (semua masjid besar-besar di Indonesia dipanggil Masjid Jami'). Aku ingatkan masjid jamek dekat tengah KL tu. Rupanya jauh lebih cantik dari masjid jamek sini :) Kenapa aku nak amik gambar dekat sini? Sebab dekat sini la tempat shooting 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'. Ini la masjid yg Zainuddin dtg untuk belajar agama. Maaf, time aku ke Indonesia, aku byk kaitkan dgn cerita ni sebab Hamka sendiri adalah org Minang dan aku tertarik utk tahu dekat mana dorg berlakon sebenarnya hehehe 



Membeli-belah buah ciku manis teruk~

Tetiba Acik nampak dari jauh buah ciku yg menggoda hati, jiwa dan perasaan dia. Uda pun berhenti la dekat tepi. Beli punya beli, makan punya makan, perut pun kenyang, macam biasa, mengantuk lah ceritanya hahaha

Uda suruh cepat supaya cepat sampai dekat Danau and disebabkan harini ada lumba basikal, terpaksa dilajukan itinerary tu hurmzzzz




Aku ingatkan aku dah cukup gemuk, rupanya masih kurus sebab angin tolak masih bergerak hahaha

Bukit-bukau belakang tu aku tak ingat Bukit apa. Tapi yg aku ingat dia dalam banjaran Titiwangsa dan bukit ni main point dia dari Aceh sampailah ke Bukit Tinggi. Bak kata Uda "Dakek yo Aceh ko sini. Lebih kurang 22jam. Sebatang rokok tak habis di hisok (hisap). Kalau tak dibakar rokok nyo." 

FUN FACT: Danau Singkarak adalah danau kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba.  Opssss, sorry. Danau tu Tasik, lebih kurang la.

Selepas ambil udara segar lebih kurang 30minit, kitorg pun teruskan perjalanan ke Istano Basa Pagaruyung di Batu Sangkar. Dulu istana ni pernah terbakar, tapi di naikkan semula sebab nak teruskan perjuangan adat Minangkabau utk bagi info pasal adat minang dulu dulu. 


Kena berjalan sikit la ye. Tak jauh pun.

Hehehehe nasib baik cute. Kalau tak, nampak sgt tak ikhlas nak ambil gambar aku lettew.

Pintu masuk Istano Basa Pagaruyung.


Utk masuk dikenakan bayaran la kan. Nama pun kawasan tumpuan pelancong. Disebabkan aku mengecek minang, dapek la 15000rp (RM4.50) drpd kena bayar 25000rp (RM7.50) sebab urang awak (org asal minang) heheh

Disebabkan hari Jumaat, aku dgn Acik stay dulu dekat istana tu sementara Alang and Pakngah pegi solat Jumaat. Acik cuma solat dekat surau area istana tu je. 


Sementara semua dgn hal masing-masing, aku pun berjalan la sesorg dalam istana tu. Cantik mmg cantik. Meremag jugak aku naik atas sebab sunyi, takde org.



Sebelum Alang pegi solat.

Boleh nampak tak ruang-ruang dalam istana. Macam tu jugak dekat dalam Rumah Gadang yg aku cerita tu.

Tempat Raja kot. Aku tak ingat sgt.

Biasa lah. Starter pack nak jadi org poyo :P



Sebagai anak buah yg baik, makcik kau nak apa, kau redha dah teruskan melayan.


Sementara nak tunggu Alang and Pakngah balik solat Jumaat, Acik terkenan nak pakai pakaian Minang -,- Aku pun melayan jela wehhhh~ Nak pakai pakaian ni dalam 35000rp (RM10.50). Kalau nak guna khidmat photographer dalam tu pun boleh jugak, 20000rp (RM6.00). Tapi aku jela jadi photographer dia sebab dia nak cepat. Kelam-kabut gila time tu sebab Alang dgn Pakngah dah tunggu depan pintu masuk. Lagi pulak time tu ada racing basikal. Takut jalan tutup, lagi kena cepat. Yg Acik dah kelam-kabut jugak. Aku jadi serabut hahahah tapi masih di control hahahah

Disebabkan Acik nak makan tgh sawah dari semalam lagi, so Uda bawa pegi makan tgh sawah. Ya Allah, angin dia sedap. Dikeliling sawah dan kedai dia atas kolam ikan. Suka betul aku ni ahahaha



Bersalero (berselera) aku makan. Sedap pun sedap. Memang minang makan padeh tatidak (pedas betul).

Belakang sekali tu Gunung Merapi. Siap bagi package ada angsa lagi.

Kabau tagak yo. Pemaleh. (Kerbau tegak je. Pemalas.)

Siap ada burung hantu lagi. Ni nama dia Apal. 

Ni nama dia Berry. Aku takut nak pegang sebab besar, Tapi berani utk dekat jela.

Selesai makan dalam pukul 2.00pm macam tu, kitorg terus bergerak ke Lembah Harau dekat Payakumbuh sebab ambil masa sejam belih utk sampai sana. Sampai nak lalok (tidur) la aku. Bila sampai je, Allahu, tak lekang mata aku terbuka. Cantik dia Subhanallah!!


Ini baru pintu masuk!

Alhamdulillah. Rezeki urang awak bak kata Uda. Tak hujan, tak panas. Cuaca cantik-cantik je. Permandangan pun sedap je nak tengok.


Bagi chance sikit eh nak berposing. 

Lembah Harau ada 3 air terjun. Aku rasa mcm 4, tapi aku tak ingat la. Mcm banyak sgt hahahah Ini first waterfall. Ada photographer jugak dekat sini. Dorg siap printkan utk kau, harga cuma 10000rp (RM3.00). Takdo maha nyoooo~ Tapi disebabkan org lain dah ada utk jadi photographer aku, so aku tak beli lah hahahah 



Second waterfall. Basah beg aku weh hahah
                                   

Third waterfall. Air dia mcm air ais.

Dalam insta aku ada letak gambar ni. Ala yg aku cakap "tiny" waterfall tu :P

\
Sebenarnya ni la dia punya waterfall. "Tiny" kan? Hehehe


Ah malas ah nak fikir susun dia mcm mana. Pecoh pale hahaha pahkorok gitu je hahaha.

Tak ramai org and air dia sgt bersih. Uda kata dah dua hari tak hujan, rezeki aku and family dapat tgk keindahan alam. Walaupun muka dah berbelang, tona kulit muka kini tidak lagi sekata :( i redha :P



Homestay Lembah Harau.

Kau ingat tanduk tipu ke? Tu tanduk betul tau. Kabau punyo.

Setelah selesai di Lembah Harau, kitorg terus gerak balik sebab dah pukul 5.30pm. Dah nak dekat maghrib. Semua benda susah nak jangka, dalam perjalanan balik, tetiba macet (jam). Dah sah ssah la sampai hotel serious parok badan aku ni. 

Disebabkan sampai hotel around 7.45pm, singgah dekat kedai kerepek. Walaupun penat, still penat and mengantuk. Tapi makan jgn dilupakan. Benda wajib hahaha takdela gurau je. 



Kedai Kripik Sanjai Balado

Bukan nak cakap apa, aku dari kecil sampai besar memang tak lekang makan pedas. But bila dtg sini, Ya Rabbi, dia punya kerepek balado dia, baru terkena lidah dah pedas weh. belum kunyah nak telan lagi. Baru dua tiga keping, dah tak duduk diam aku tau. Tapi pape pun sedap, sebab ada org beli pakai duit dia hahahah 


Nasi Ayam Penyet 

Around 8.00pm, kitorg sampai di Bukittinggi and Uda bawa beli makan sebab dah penat sgt. Then bungkus bawak balik hotel je. Nasi ayam penyet ni lain sikit sebab ayam dia rangup but tak overcooked, nasi dia nasi pure padi (nasi dia melekat-lekat sikit) and serious weh, nasi dia cepat kenyang. Sambal dia takyah cerita, masih padeh (pedas) hahahah

Sampai je hotel, aku siap mandi terus aku makan. Lapar teruk. Kemas beg sebab esok dah nak check out. Dgn mata ngantuk, perut lapar, aku teruskan juga makan dan teruk bom tidur! Tak sampai 15minit, aku terus berlayar merentasi samudera. Gitu hengko!





DAY THREE

Cantik kan? Aku menangis sebab dapat tgk setelah 2 hari tak dapat tgk.

Sesudah subuh aku terjaga. Macam biasa, alang nak masuk bilik aku sebab nak ambil gambar puncak Gunung Merapi. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang utk tengok keindahan alam. Harini dapat tgk puncak sebab dah dua hari tunggu dia malu. Mungkin sebab malam semalam tak hujan. 

Selesai kemas beg sebab nak angkut terus lepas jenjalan. Time ni baru pukul 6.20am. Kitorg bergerak awal utk keluar sebab nak pegi ke Taman Panorama dan Lobang Jepang. Lobang Jepang tu dekat belakang hotel aku je (tahu pun sebab jenjalan naik kereta kuda). Kitorg semua siap. Lebih kurang pukul 6.45am kitorg bergerak ke sana. Ala, jalan kaki je. 

Kalau nak masuk dalam tu, kena bayar 15000rp (RM4.50) sorg. Time ni, aku, Acik and Alang je sebab Pakngah tetiba sakit perut (katanya). Elok je kitorg lepas dari pintu masuk, Pakngah pun sampai. 

Permandangan tu aku dah mula takut sebab fikir mcm takde pape. Bila dah tgk, Subhanallah, bergenang air mata aku. Entah kenapa, rasa bersyukur dapat kehidupan dunia yg indah mcm ni.

Ini namanya Gunung Singgalang. Ya Rabbi, cantik betul!

Kitorg org pertama yg masuk situ. Nak berjalan pun rasa seram. Tapi nak berjalan ahahah Ngarai Sianok tu nama tebing tu. Bawah taman ni ada Lobang Jepang tu. 


View Ngarai Sianok.

Time ni dah pukul 7.10am. Matahari baru nak naik.

Kuatkan iman utk bergambar hahaha beria sungguh si demok sorg ni!

Kena pandai cari angle utk bergambar. Kau ingat senang nak cari. Ini pun cleaner tu yg bgtau dekat sini ada scenery ni. Tak gayat sgt sebab ada jaring so aku confident sikit. Walaupun mengesot nak naik, still lupakan tentang gayat itu. Hihihi


Disebabkan susah nak bergambar ramai-ramai, kita selfie jolah. hahahha

Hengko nampak tak org dekat atas tembok tu. Itu lah tour guide aku hahahaha. Kemain nak tekan duit kitorg sampai 100000rp (RM30) utk 4 org. Uda ada bgtau Alang, cuma 60000rp (RM18) utk 4 org, boleh dapat. So Alang minta 60000rp, dia muka dah redha. Pecah telur lah katakan.

Pintu masuk utama utk ke Lobang Jepang.

Lobang Jepang ni lubang yg digali oleh Jepun zaman dulu. Dia taknak musuh tahu tempat persembunyian dia dekat situ. Lobang tu digali oleh org indonesia sendiri tapi bukan asal Bukittinggi or bukan org minang sebab Jepun ni pandai. Dia ambil org dari Kalimantan, Medan etc utk gali sebab kalau dorg cuba nak larikan diri, dorg tak tahu selok belok jalan dekat Bukittinggi or area org minang. 

Ini telah dibaikpulih dan still in renovation. Dinding dia dah letak simen, jadi dia bergema sikit,

Tempat jepun nak mengintai musuh if musuh dah tau tempat persembunyian dan lubang yg bawah tu, if dah kantoi dgn jepun, dia akan tarik musuh tu, bantai, potong kepala, kerat badan dan buang melalui lubang tu.

If tempat persembunyian dorg dah terkantoi, dorg akan terjun Ngarai Sianok tadi dan bunuh diri. Bagi org Jepun, bunuh diri lebih berbaloi daripada kena tangkap dgn musuh sebab dorg sgt setia dgn negara dorg. Kehormatan yg paling tinggi la utk mati daripada pecah rahsia. "Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut." Dulu-dulu, dorg byk jumpa tengkorak dekat bawah Ngarai Sianok. Tapi sampai skrg dorg masih lagi mengkaji, dekat mana hasil korekan tanah dibuang. Kalau dikorek tanah, mesti ada tanahnya. Ini takde. Masih misteri.

Tangga dia buat exercise pagi la kononnya. 

Lepas kitorg selesai dalam Lobang Jepang, Acik nak mencari barang utk bagi dekat org. Kemain sungguh Acik aku ni. Lepas keluar dari Lobang Jepang, kitorg naik tangga ni. Dalam 100 bukan anak tangga dah, ni bapak tangga. Jahanam sungguh penatnya. Tunggu Acik lama sangat, aku pun sempat berehat jap.

Kitorg keluar dari Taman Panorama tu dalam pukul 9.30am. Biasalah, acik-acik ber-shopping. Melayan lagi. Hahahahah 
Balik dari sana, kitorg terus breakfast dekat hotel. Org last yg breakfast, so habiskan segala makanan. Puas hati aku. 

Uda dah tunggu dekat bawah. Aku sesiap. Dah siap mandi dan dah settlekan beg, aku terus tunggu bawah and kitorg pun bergerak utk ke Padang. Ofcoz, mcm biasa, ada penyinggahan la dulu :P

Ini bahagian bawah Ngarai Sianok. Ada sungai. 

Mana kulit muka aku tak terbakar, panas terik weh. Serious burn doh!

Berhenti kejap sebab ada permandangan cantik. Nasib baik Uda melayan je kitorg sebab yelah tourist kan kekekeke 

Next stops kitorg setelah lalu jalan kampung dan kampung org Belanda zaman dulu, singgah di kedai Silver. Seriously, original silver dan originally handmade. FULLY HANDMADE!!  97% Silver and 3% apatah aku tak ingat utk cantumkan. Acik menyempat beli gelang.  

Pandai dia mengecek tarik perhatian Acik.

Antara handmade ambil masa 2-3 bulan utk siapkan. 

Selesai je beli belah dekat Silver Work ni, kita directly ke Maninjau utk ke Puncak Lawang. Jalan ke arah puncak ni serious mencabar. Naik turun bukit. Macam frase tapi lebih hardcore punya jalan. Hanat pun ada jugak hurmz!



Matahari terik tapi sejuk. Kau boleh faham tak maksud aku? hehe

Sebelum sampai puncak, ada satu kedai kopi dan beli belah jugak lah. Namanya Sungai Landia (Sungai Lendir) Gitunyaaaaaaaaaaa~ Acik belanja la makan ice cream cornetto and ada lah kacang sikit-sikit. Bagi puas hati nak berjalan la kononnya. Padahal, kepala aku dah agak berpinau sebab dek jalan kona-kona (malas nak type lah weh :P)


Kabau porah tobu caro tradisional (Kerbau perah tebu cara tradisional)

Aku ni manusia yg selalu kesiankan binatang sebab mcm aku rasa dorg mcm seksa dia. Tapi itu dah lumrah kehidupan dia. Aku tak boleh nak ubah. Ada jugak tanya dgn tuan dia. "Kenapa tutup mata dia?" Tuan dia cakap, "kalau buka mata, dia taknak bergerak. Dia akan statik." Then aku cakap laaaa "Sebab tu tgk dekat tgh sawah dorg akan berborak dgn bangau je. Tak bergorak-gorak." Sebenarnya aku takut weh. Sebab kerbau tu besar gila. Dan aku rasa bahagia sebab dia dijaga dgn baik sampai debab gitu. Dekat sebelah kerbau ni ada kedai kacang. Menyempat la beli kacang buat bekalan dunia sepanjang jalan.


Saje nak buat panorama, bagi nampak luas sikit gitu.


Wajib ada kot kikikiki

Akhirnya sampai jugak ke destinasi yg dituju. Uda kata dah dekat 3 hari tak nampak view sebab hujan and asyik kabus je. Tak sangka rezeki aku sentiasa ada rupanya. Alhamdulillah nampak keseluruhannya. Kena pandai cari timing utk travel ye anak-anak. Sebab cuaca ni sukar nak jangka. Rugi kalau dah sampai tapi tak dapat tgk. Plan betul-betul.

At first, kitorg ada tgk weather by phone, risau jugak sebab dekat sana dijangka hujan direct 4 hari aku dekat sana. But alhamdulillah, rezeki and banyakkan berdoa, supaya perjalanan selalu dipermudahkan. Yakin dengan rezeki Allah okay?


Dekat sini pun aku......menangis hehehehe sorry la jiwa rapuh laaa :(

Aku bersyukur dgn rezeki aku. Hehe sooooo, after 30-45min, rancangnya nak pegi rumah Hamka and nak lalu Keluk 44 (jalan yg bersimpang-siur tu), but disebabkan rumah Hamka ambil masa sejam utk sampai dan keluk tu Acik dah tak larat, kitorg terus ke arah Padang sebab nak bermalam lagi satu malam dekat sana. Jadinya, perjalanan kitorg directly ke sana. Ofcoz ada tempat disinggah lagi hahaha

Masih lagi nasi padang okay? Hahaha

Papepun, kena makan dulu bruhhh! Laparrr. Ini view tepi sawah and bawah puncak tadi. Walaupun dekat puncak sejuk, bila dah tepi sawah, dgn tengahari lagi, jadinya ianya panas-panas suam. Nasib baik pekena Jus Mangga. 

Selesai makan dan solat jama', perjalanan diteruskan ke Kedai Kripik Labu Bundo Kanduang. Ada la sikit keropok Acik beli utk rumah nenek. Tapi weh, first time aku dapat rasa ice-cream labu. Seriously, berlemak, tak manis sgt but cepat kenyang. Hehe then, kitorg ke Pandai Sikek. Do you remember yg tepi tempat tenunan tu? Acik nak pegi semula ke sana sebab semata nak beli GULA SEMUT (same as brown sugar), tapi jauh lagi sedap ah dekat sana. So Uda bawa jelah sebab dia kata dekat Padang susah dah nak berjalan sebab Padang bandar yg kecil dan tak banyak tarikan pelancong. Katanyaaaa~

Disebabkan Padang takde pape yg menarik, kitorg singgah dekat Minang Kayo. Itu nama kedai kedai ye, temen-temen. Situ semua ori kulit lembu and ada la sikit kain tenunan asli. Acik mcm biasa, beli selipar pulak (katanya sebab buat drpd kulit lembu asli, katanya). Alang beli souvenir utk boss and collegue dia, Pakngah beli topi (suko dio dapek topi tu).

After 45minit dalam kereta, sampai la sudah ke Lembah Anai, air terjun utk masuk ke Bukittinggi tu. Berhenti kejap dekat situ sebab itu tempat last nak shopping sebab dekat Padang semua mahal-mahal. Alang la nak pegi situ sebab nak beli souvenir lagi. Aku punya dah settle awal-awal lagi. Hahaha

Tempat dia still renovate lagi sebab tu nampak baru lagi kikiki


Ini dekat hujung permatang batu bata area tu.


Alhamdulillah selepas sejam, sampai sudaaaaaaah di Padang. Just right on time, matahari dah tenggelam. Dapat jugak tgk sunset! Kepuasan diri, checked! Heheh timing dekat sana pukul 6.00pm. Dan dan la awan pun gelap nak hujan. Rezeki masih diperluaskan :') Syukran, Ya Rabb!

Penantian tak pernah sia-sia if kita menghargai dan redha. (tiberrrr)

Selfie sikitttttt~

Lepas habis je selfie ni, Alang terus tgk muka aku hahahaha awkward moment jap.

Tak Husna la kalau tak mengacau org nak selfie. Rupanya dia focus jugak muka aku hahahah

Matahari pun tenggelam, aku pun mengundur diri. Gitu kau. Hahaha lepas dah selesai tangkap gambar semua, Uda bawak pegi makan lagi. Last kedai makan kitrog pegi. Still makan nasi padang but version mahal hahahah Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman. Dia depan pantai je. Biasalah, bahang laut naik, jadinya panas sikit even though ada kipas.

Ikan bakar dia serious sedap. Tak pedas sgt but serious sedap. 
Harga 80000rp (RM24)

Maaflah, bila dah lapar sgt, ini jela yg tinggal. Udang dia sgt besar ye. 
Harga 35000rp (Rm10.50)
Ini udang masak sos padang dan lagi satu kitorg order udang goreng tepung.

Maaf, lauk ni kuah je yg Alang, Pakngah and Acik sentuh. Aku tak sentuh.

Selesai makan, kitotg directly ke hotel. Hotel dekat belakang kedai makan tu je. Around 15min sampai doh! Oh lupa, kitorg stay semalaman dekat Ibis Hotel. bak kata Uda Iblis Hotel. Kemain Iblis perangainya hahahaha 

Pintu ni, tandas. Lupa nak selfie sebab nak tido ngeh ngeh. 

Time masuk bilik ni, Acik tak boleh nak tidur. Sebab bau rokok dari bilik sebelah. So, aku dah berdengkur indah dah dalam 9.30pm. Around 2.00am baru Acik boleh tidur. Acik memang sensitif sikit dgn rokok ni. So, susah nak adapt. Aku ni campak la tidur mana-mana pun, tidur je. 


DAY FOUR

Dijagakan dgn nampak Acik tgh baca ma'thurat. Around 5.30am. Aku terus gi mandi sebab nak kena ada dekat airport around 8.30am sebab takut jam dari hotel ke airport. Perjalanan dari hotel ke airport dalam 45min. 

Disebabkan kitorg dah siap breakfast and dah tggu dekat bawah, 7.30am kitorg dah nak bergerak ke airport, tapi masih awal. Uda bawa pegi masjid terbesar seluruh Sumatera.

*maaf, ini bukan hasil tangkapan aku. Aku nak tunjuk je masjid tu macam mana*

Lebih kurang mcm ni la. Cantik pun cantik. Besar tu takyah cite la. Ni pun nak siapkan ambil masa 2-3tahun. Tapi kitorg kejar masa, so, tak berkesempatan utk masuk dalam. Ini merupakan tarikan utama pelancong sebab tempat dia besarrrrr gila! 

Lepas balik dari masjid, kitorg directly ke airport. Flight pukul 11.50am. So pukul 9.30am dah check in luggage Acik and kitorg terus ke gate. Sementara tggu gate bukak, settle dulu beli makan apa semua, dapat la rasa kebab daging separuh masak (perut aku hebat, benda yg tak half-cooked, memang terus keluar kaw-kaw). Nasib baik perut tak buat perangai dekat atas flight. 

Sampai KLIA2 around 1.30pm. Itu pun flight sampai awal 20minit. Acik, Alang, Pakngah terus buat solat Jama'. Yelah, sampai rumah takde nak rushing solat dah. Alang dah order grab utk balik ke rumah nenek. Around pukul 3.45pm. Sampai je dekat rumah nenek, terus hujan lebat selebat-lebatnya.

Hujan pun reda sikit, baru kitorg terus balik rumah. Aku pun settle mandi dan terus tido. Penat ya amat bebeh oiiii~ Dan masih rasa kepuasan views and sceneries. Pulang dgn khabar berita gembira. So kepada teman-teman aku yg tanya aku "best ke pegi Padang?", "best tak dekat sana?", mesti korg hampa dgn jawapan aku "best!!" sebab aku takde idea nak borak apa. Sebab best je. So, ni explaination aku utk korg jugak k.

Thanks for read! Best tak best belakang cerita. Anything nak comment, comment je. Murni ke tak murni ke, aku okay! Hehehe thanks again!  XO

Comments

  1. Salam ..bila tuan / puan nak becadang ke padang bukit tinggi indon,kami sinar akam wisata menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta di padang indonesia dengan harga jimat,baloi dan servis paling tiptop.
    Wassap +6285356000747

    ReplyDelete
  2. PAKEJ TOUR BUDGET DAN PENGKHIDMATAN SEWA KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI

    Assalamualaikum Tuan/Puan.
    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR BUDGET dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  3. Salam… boleh dptkan contact no supir? Tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. berminat nak melacong dekat padang bukit tinggi indon,sila tempah ditalian dibawah :
      +6285356000747

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara guna inhaler dan aerochamber

Quality over quantity friends?