14 hours hiking to Bukit Kutu 28 Oct '18

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas, kebawah dan ke semua lah. 

Permulaan hari aku, Hari Isnin 29 Oktober 2018, agak hambar sebab badan serious sakit. Jgn cerita la kaki ni kan.

Sebenarnya aku excited utk naik Bukit Kutu sebab ni first time aku naik. Ramai bgtau aku yg Bukit Kutu ni extreme teruk, ada kata senang je and pemandangan dia cantik. 
Tak dinafikan memang pemandangan dia saaaaaangat cantik -- lagi-lagi aku ni manusia yg sejenis scenery lover. (Kadang tu, ranting pokok pun aku rasa cantik)

Okay, just straight to the point jela yeeee~

So, aku naik Bukit Kutu ni, mcm biasa, follow Chapighah. Next Project contributed dgn KiUB (Kelab Unggul Beserah, Kuantan). Yg haritu aku pergi Gunung Angsi, dengan dorg jugak lah. Tapi disebabkan dorg ni memang laju-laju and aku ni masih "sweeper still in training", deme tinggey teman dekat belakang yop oi! Takyah cerita la, yg Bukit Kutu ni pun sama juga, dorg masih tinggal kami dekat belakang.


Teman seperjuangan. Dari kiri: Ijah, Tott, Chapighah, Ucenot.

Kitorg bergerak dari KL berlima. Aku, Chapighah, Ijah, Fara-tott (kawan Chapighah) dan Mok Ngoh. Kitorg semua berkumpul dekat rumah Chapighah and pegi amik Mok Ngoh dekat rumah dia then terus gerak ke Ampang Pecah (homestay Papa Chip sediakan). Kitorg gerak dari KL pukul 12am sebab tunggu Tott habis kerja. 

Dari KL ke Ampang pecah around 1j30m je. So sampai homestay, semua dah tido. Papa je yg masih berjaga sebab menanti kehadiran anak-anak pungutssssnya. Mok Ngoh bukan anak pungut la sebab itu sepupunya >.< So, kitorg sampai, Mama dah ada dalam bilik sebab menanti jugak le kot haha kitorg makan then terus tido sebab esok nak bgn awal.

5.30am dah jaga dah sebab taknak berebut bilik air. Papa ada sediakan 2 homestay. Kitorg ni homestay dgn org lelaki sekali. So, takde la berebut sgt nak mandi. Lelaki mandi sekejap sebab siap kejap je. 

Siap-siap around 1jam sebab menanti org nak mandi and makan. Berkumpul pukul 7am dekat homestay yg kitorg tinggal and nak bagi taklimat. Around 7.15am dah start bergerak dari homestay ke parking lot Bukit Kutu. Lebih kurang 10-15minit dari homestay.

Of course la kena masuk KKB kan utk pegi ke Bukit Kutu. So, kitorg bergerak ke arah KKB one way jugak ke Sg Chiling tapi utk naik Bukit Kutu, kena masuk Kg Pertak (Perkampungan org asli). Sampai hujung sempang ada dua selekoh, bolehlah belok ke kanan utk ke parking. Dah masuk tmpt org memang kena bayar lah kan. Bayar parking jelah. Kalau kau taknak bayar boleh jugak, pegi parking dekat padang bola Kg Pertak tu. Kalau bayar, dekat sikit dgn pintu masuk Bukit Kutu. Tapi kena awal lah. Kalau tak memang kau nak u-turn, berdoa lah nak keluar. Padat teramat woi. Kitorg pun kira nasib je ada kosong. 

Dijangka start bergerak utk mendaki 8.45am tapi alhamdulillah dipermudahkan 8.35am dah start. Itu pun dah ramai org. Papa pun buat taklimat ringkas dan kitorg pun selamat bergerak.

Dari parking, jalan sikit. Rasanya 5-10 minit mcm tu. Jalan tar dan jalan batu kerikil. Boleh la buat utk stretching-stretching sikit. Keluar sikit peluh and boleh dah ajar breathing pattern yg sesuai dgn badan. Ikut pace sendiri je walaupun lambat. Around 8.39am masih dalam perjalanan ke jambatan pertama.


Ini geng-geng sweeper saya. Ofcoz ada Chapighah~


Jambatan gantung pertama utk ke Bukit Kutu.

Pukul 8.41am, ini first jambatan gantung yg korg akan jumpa. Pintu masuk lah katekan. Masih kukuh dan bertahan dgn baik. Jgn buat vandalism sudah lah. Marah org asli kang. Kalau time aku dtg ni, belum pape, dah ada yg tgkp gambar tgh2 jambatan ni. Dasar jamban betul. Dah la tgh sesak, boleh pulak kau nak ber-posing tgh2 jambatan tu. Maroh ni maroh! Dan belum pape dah ada scenery. Cantik and calming gila! Maklumlah, faham-faham jelah manusia yg penuh stress hidup tapi dapat hadapi dgn tenang haaaa kau gitu!


Tak ke rasa ketenangan hidup tu? Hahah!



Jambatan gantung kedua, yg dah roboh. Lupa pulak nak tgkp gambo keadaan jambatan tu hehehe tapi dia memang runtuh jadi senget. Kena pandai seimbangkan badan ye anak-anak!


Pukul 8.49am, ini jambatan gantung kedua dari pintu masuk. Laluan dia, kalau kau rasa nak memain, kau takyah masuk hutan lah. Air deras sikit and kena seimbang dgn betul. Cara kena betul. Walaupun aku berdebar nak lintas tu, dalam fikiran aku cuma cakap "org lain boleh redah, asal kau tak boleh?" Positive vibe utk diri sendiri hehehe


Cabang pertama selepas jambatan tapi masih lagi jalan balak

Bukit Kutu ni famous dengan percabangan dia hahah seriously, dia banyak cabang. but yg paling aku ingat, cabang dia semua ke kanan dan track dia terang. Berpandukan gambar atas ni, kalau menghala ke kiri akan directly ke Air Terjun Lata Medang dan berpusing balik dekat laluan utama ni dan kau takkan sampai puncak sampai ke sudah ngah ngah ngah *evil laugh* sowiee jaat pulak :P Kena hati-hati and kalau tak reti nak naik, hope cari guide dulu sebelum naik. Ada je org asli situ jadi guide, tapi maaf aku takde contact no dorg. So boleh cari dekat mana-mana carian google ye. Terima kasih hahaha

Allahu akbar, weh time datang kering. Aku sampai tak cam jalan aku lalu ni. Kau takkan percaya apa aku akan cerita selanjutnya.

Pukul 8.52am, ini track balak yang kedua utk sampai ke next check point iaitu river crossing. Time ni masih terang dan jam pun baru 8.59am. Kabus masih ada dan sejuk ye anak-anak sekalian. Kena hati-hati time naik. Mulut jgn celupar sebab laluan dia keras sikit. Keras sebab ada batu sungai dia berlambak. Pepandai la nak pijak yg mana satu. Semua dah besar kot -- eh emosi hahaha

Sambil berjalan, ter-jealous pulak suami isteri yg kuit miut ni. Dah la dedua sporting. Namanya Kak Aisyah dan Abg Soni. Ada la suara-suara shaiton dari dalam diri "Dah lah tak cantik, takde org nak pulak tu" Kesian dekat diri sendiri. Tapi nak buat guane. Kita menanti dgn penuh harapan supaya one day ada someone yg hadir memenuhi ruangan kosong dihatiku hahahah dan boleh masuk dgn hobi aku yg pelik-pelik. Okay luahan perasaan pulak --,

River crossing 1.0

Okay, river crossing ada 2 kali crossing. Tapi utk crossing, ni je yg aku sempat tangkap gambar sebab risau tragedi Pos Titom, aku tenggelam dalam sungai dibawa arus tapi hatinya tidak dibawa, gitu kau hahah dan aku dah buat itu sebagai pengajaran supaya takyah nak acah bawak phone masuk air. 

Pukul 9.04am, utk river crossing ni, ada yg buka kasut, ada yg taknak bukak kasut. Tapi aku nengok ramai je yg bukak kasut. For me, taknak buang masa and seluar pun dah basar, later sooner, kasut akan basah jugak nanti. So, aku redah je dgn kasut. Pedehal. Tapi dekat hujung sungai tu, aku rasa dah ada pasir, tapi mcm buat dunno je sebab takut lagi melarat pulak sakitnya nanti. takpe, baca dulu sampai habis.

Sesudah sampai di seberang, Yaaaaaa, begitulah! Selesai sudah menyeberangi sungai, haaa kau, eheheh last jalan track balak sampai jumpa 2nd river crossing, baru akan start pendakian sebenar. Pergh, panjang kot cite aku. Maafkan aku, aku tak tahu la berapa lama lagi aku nak cerita. But aku akan cerita sesimple mungkin. Korg akan teruja dgn TEAMWORK dari team NEXT PROJECT ni! Try la baca Chapighah punya blog dia. 

Dijangka 9.15am dah lalu dekat 2nd river crossing and dah start mendaki. Perjalanan pendakian tu ibarat bercinta dekat pokok-pokok serta akar-akar yg menjalar disekitarnya ahahah asal bahasa aku indah sungguh ni. Macam biasa, aku dgn group sweeper ni, bertungkus lumus nak selamatkan Kak Aisyah. Bukan selamatkan pun, tapi bagi semangat padu utk Kak Aisyah teruskan usaha sampai puncak.

Maaf, saya bukan jurugambar profesional. Lagipun nak capture cepat. Ini dah start mendaki lah.

Kitorg banyak berhenti dan memang pace slow sebab bawa Kak Aisyah dan juga aku heheheheheh kau hingat aku ni laju sgt ke naik gunung ni? Lambat weh, tapi yg bestnya, aku dapat belajar banyak benda dalam project kali ni. Takpe, teruskan membaca lagi k. Jgn la bosan dgn aku lagi :(


Ya Allah, muka aku mcm piring -,-'
btw, yg tgh belakang sekali tu bukan group aku. dia alone tapi biasalah hikers, you know~

Setelah 30jam berjalan, 9.35am, kitorg take 2 jap sebab ada yg nak pakai stokin and pegi "petronas". Tak tahan katanya. So berhenti la kejap. Dan masih gagah utk teruskan perjalanan, tiba-tiba nampak akar pokok yg begitu indah dimataku hahaha but maafkan gambar saya, pls fokus pada akar ye. Chapighah pakai walkie talkie sebab senang nak berhubung dgn Papa. Bila Papa tanya dekat mana, jawab pun main-main. Tak tau lah nak cakap camne, tapi Papa ada bgtau dia dah lepas Bukit Tonggek. Kitorg yg dengar ni, tanya Chapighah, Bukit Tonggek? Tak sangka pelbagai betul nama dekat Bukit Kutu ni.

Pokok dia besar gila woooo! Bila aku pandang atas, mulut aku terus "Subhanallah".

Tak dinafikan track dia serious mencabar. Tahap hanat punya, Aip, mulut, jaat! Guwau! Heheheh tapi seriously gua cite sama lu der, time naik lu tak rasa, time turun, itu mencabar mental kau bro. Ini baru naik, aku tak tau la apa nak jadi dgn aku hahahah

First check point yg kitorg berhenti, nama check point tu, entahlah, aku bagi je nama dia "I Love Bukit Kutu" sebab dia ada plat tu. Kak Aisyah tanya aku, "Dah sampai ke Ucena?" Jawapan aku simple, "Sampai dekat Ucena jela. Sikit lagi, nanti rehat kejap." Chapighah, A'eh, and Budi masih setia bersama dgn Kak Aisyah dan Abg Soni. Aku bersama dgn Tok Busu. Gitu. 

Aku tekan gambar ni pun randomly je sebab A'eh tangkappppppppp je banyak-banyak :(

Dan disini jugalah kitorg dan Ijah dah start berpisah sebab Ijah ikut Cikgu Sue. Lupa nak bgtau, Tott dia guide team, so dia ikut Papa. Cikgu Sue tu bukan calang-calang org tua. Sumpah dia lagi laju dari aku. Hahahah Ijah takut tinggal Cikgu Sue sorg-sorg, sebab tu Ijah follow dia sampai naik atas. 

Kitorg start bergerak semula dan teruskan perjalanan utk ke Gua Kambing. Track dah start meng-hanat-kan perangai dia. Makin lama, makin mencanak. Dia tak payah mana kalau kau pandai cari spot nak pijak sebab salah pijak, kau shuffle lah dekat atas tu. Ada jugaklah, aku shuffle 2 ke 3 kali tah sebab salah pijak. Sebab aku berjalan berdua dgn tok Busu, so nak taknak kena belajar sendiri. Taknak kacau concentration Tok Busu. Aku pegang je mana-mana and kena confident dgn kasut, berat badan dan kemampuan diri kau. Don't over confident macam aku dekat Gunung Angsi haritu. Hahahah!

Ini adalah Gua Kambing. Mbekkkk!

Kitorg sampai ke Gua Kambing ni dalam pukul 11.43am. Pace aku tak menentu, kejap aku laju, kejap aku perlahan sebab aku tunggu Kak Aisyah and geng sweeper yg lain dekat belakang. Tak sampai hati nak tinggal. Kitorg tak stay lama dekat sini sebab mcm sempit sikit. So kitorg teruskan perjalanan ke Batu Tedung.

Ini lah Batu Tedung nyaaaa~ Tapi nampak ke kepala tedung? Nampak macam ikan pari bak kata Chapighah -,-

Kitorg sampai Batu tedung pukul 12.02pm. Alhamdulillah third check point semua selamat sampai. Dekat sini, dah lapar dah. Semua bawak keluar ration makanan masing-masing. Dalam beg aku ada kaya dgn Apollo bekalan dunia akhirat. Air aku guna water bag 2 liter je. Dalam beg Chapighah ada roti manis-manis and extrajoss and tak tau lagi dia bawak apa hehehee. Tok Busu ada lahs sikit bawak buah lai, dia kupas and bagi aku makan. SHO SHWEET Tok Bushu atotototo hahaha

Berehat sebentar bersama kaya dan ghoti~~ Lapar teruk!

Kitorg start bergerak dari Batu Tedung utk ke next check point iaitu view (permandangan) pukul 12.10pm. Perjalanan kitorg perlahan sebab dah start mencanak yg teramat and panas. Mana taknya, dah nak masuk Zohor dah. So, memperlajukan lagi perjalanan tapi penat lagi. Tambah pulak dengan dua kali hujan panas and ada sekali tu hujan agak lebat. track pun dah jadi basah :(  Semua masih okay, tapi disebabkan Kak Aisyah masih lagi tak confident, jadinya jadi lambat. But its okay, we always support you Kak Aisyah!

Penantian dengan penuh keikhlasan dihati nurani :D 
Hengko tgk track dia camne. Memang buat gaduh en!

Bodak gomok pajek gunuang, tapi tak kuruih. Podeh raso hati ahahaha 

Sambil menanti Kak Aisyah and sweeper and the gang, menyepatkan duduk sekejap dan mengenangkan "apalah yg aku buat dalam hutan ni?" hahahaha tapi aku bahagia sebab ada dalam kalangan manusia-manusia yg baik hatinya gituuuuu~ Ofcoz aku dgn Tok Busu berdua sambil memanjat. 




Akhirnya, kitorg sampai dekat atas, tapi belum puncak. Alhamdulillah, 2.34pm sampainya seorang Fairil Husna menjejak kaki diatas kepala Gunung Kutu. Penat lelah ditolak tepi kerana kelegaan scenery yg sangat kagum. Kau akan bertemu dulu dgn chimney yg tersergam indah depan mata kau. Itu belum lagi puncaknya wehhhh~ Ini bawah puncak. Dekat situ jugak ada water checkpoint tau. Aku terangkan dekat gambar tersebut.

Tak tau nak cakap apa. Speechless~~~~

Gambar ni Ijah tangkap dari atas. Laluan belakang tu ada air mata air, water checkpoint la utk solat or nak buat petronas ke apa ke.

Utk naik ke atas puncak, kau kena mendaki sikit lagi utk naik atas. Around 5 minit. Dekat je. Dari situ kau akan nampak permandangan bukit-bukau. Tapi sebab ni dah petang and baru lepas hujan, makanya begini lah. Oh ya, Ijah and Tott masih diatas sebab tggu Chapighah and nak turun sesama hehehe

Track dia canak sikit je, tapi still okay ngeh ngeh 

Sampainya atas, akhirnya dapat jugak menjejak kaki diatas puncak Bukit/Gunung Kutu! Walaupun kena paksa naik atas tu. Menggigil do badan and kaki aku nak naik. Time tu aku selawat banyak2. Fikir mati je weh time tu. Disebabkan kena paksa dgn Chapighah, aku relakan hati. Mana taknya, penat-penat mendaki, tetiba taknak naik atas puncak. Pe masalah? Hahahah tapi akhirnyaaaaaaaaaaa~ 

Muka aku pucat habis weh. Takut punya pasal :P


Muka paling senonoh la tu? Hahahah


Muka masih cuak dan berdebar nak naik. Menggigil wehhhhhh sambil panjat tu! hahah

Takde pemandangan sgt sebab kabus menutupi segalanya. But still cantik what? Hahahaha kitorg start bergerak dari dari puncak ke Bungalow pukul 3.00pm dan sampai di Bungalow pukul 3.26pm. Dengar kata dulu, ada satu bungalow dekat atas Bukit Kutu ni. Rasanya tahun 1920-an. Korg boleh search kalau rasa nak baca tentang bungalow ni. Sebab bungalow tu besar gila. Bayangkan la, chimney ke bilik dia kena redah hutan 30minit. Tak ke besar bungalow tu?! I just kenot brain ah!

Dia ada 2 plat. Satu dalam rumah, satu dekat luar rumah. 

Selepas kepuasan di teruskan utk patah balik ke puncak, makanya kitorg bergerak dari Bungalow ke puncak around 3.50pm camtu. Alang-alang dah sampai kan? So sampai puncak kitorg terus bergerak turun. 

MAAF YE, START MENURUN, GAMBAR DAH TAKDE SEBAB KAMI FOCUS DAN AKU DAH START INJURED. MARI TERUSKAN MEMBACA!

Dari puncak aku dah rasa sakit lutut dan akan dijangka mogok sepanjang jalan. Kau bayangkan ah, start turun pukul 4.36pm dan aku terhentak sikit, terus lutu aku buat perangai. Kak Aisyah, Abg Soni and Ijah dah turun dulu sebab takut keluar lambat. Mula-mula, kitorg semua memang turun sekali, lama sikit tu, aku dah tak nampak A'eh sebab dia memang laju. Dgn lutut mogok nak mengejar, memang aku tak larat lah kan. Jalan punya jalan, aku dah tak tahan, aku bgtau Chapighah yg lutut aku dah start mogok. Chapighah spray perskindol dan kitorg pun teruskan perjalanan. 

Sampai satu spot, aku memang tak tahan, aku cakap nak take five dan Chapighah suruh sapu counterpain. Sambil aku sapu counterpain, tetiba Papa dtg dari depan. Papa kata kita tertinggal jauh. Sebab dah dekat nak gelap, Papa taknak kita berpecah. So lepas aku dah selesa sikit, aku pun start la jalan. Time tu ada Papa, Tott, Chapighah and Ashraf (kawan Tott). Tetiba sampai depan lebih kurang 10 minit jalan, aku dah nampak A'eh dgn Budi. Syukur gila sebab dah jumpa dorg! Depan sikit, nampak Kak Aisyah, Abg Soni, Ijah, Kak Roket and kawan dia, aku tak ingat nama (maafkan otakku ini!!). 

Jam dah pukul 5.50pm. Separuh gunung pun belum lagi ni. Seriously, mental aku dah koyak rabak. Papa suruh aku jalan belakang Kak Aisyah sebab Kak Aisyah masih takut utk memijak. Aku pun kena ambil langkah yg aku selesa. Alhamdulillah, ada teammates yang sangat membantu aku dari awal sampai akhir. 

Kitorg sampai dekat view dah pukul 6.25pm rasanya dan sesi merawat aku pun diteruskan. Pakai knee guard, sapu counterpain dan teruskan perjalanan sampai dekat Batu Tedung pukul 6.40pm rasanya. Biasa la weh, azan maghrib skrg pun dah pukul 6.58pm, dah gelap sikit. Time ni, mental aku dah koyak teruk sebab aku rasa mcm aku menyusahkan semua org dan aku tak percaya dgn diri sendiri. But yeah, aku masih kuat sebab teammates yg banyak bagi kata-kata semangat termasuklah Ijah dan Chapighah. 

Time maghrib kitorg berehat sekejap bagi hormat azan. 7.10pm mcm tu, kitorg start jalan balik. Papa nak kitorg sampai dekat zon selamat iaitu dekat "I Love Bukit Kutu". Tapi perjalanan ke sana around 30-45minit drpd tmpt kitorg berhenti tu. Tapi dgn berkat doa dan semangat yg ada, hanya percaya pada Allah je sebagai kekuatan. Keadaan track jangan cerita, Wallahi, dah tak nampak track weh. Track licin, gelap, dah tak tau mana kitorg pijak time naik tu. Klimaks teruk la time tu. Tott ambil langkah kedepan bagi guide dekat kitorg yg injured ni. Tunjuk jalan mana yg sesuai. Chapighah dan Ijah bergilir bantu aku utk turun. Kak Aisyah memang banyak kali jatuh. Aku pun sama, nangka bushuk jatuh, memang split habis kaki aku. Nasib baik pernah belajar gimnastik dulu hahahaha k tu gurau! Track memang padu dia bagi. 

Kitorg sampai dekat "I Love Bukit Kutu" pukul 8.00pm dan berhenti berehat around 5 minit gitu. Sebab aku yakin dari situ nak turun dah dekat utk sampai sungai. Aku kuatkan hati dan perasaan. Ada jugak aku berhenti sebab tak tahan sakit and menangis sebak sebab sakit dan sedih. Pe masalah nak sedih?! -- cuba kau hadap, baru kau tau sebak ke tak sebak. hahahaha emosi lagi --, 

Kau hingat tak akar pokok besar yg aku cerita atas tadi? Wehhhh~~ Akar dia dah tak nampak aku time aku nak turun sebab dah banyak lumpur. Aku nampak flat je. Kalau aku dgn Kak Aisyah kuat "gedebuk" dekat depan, Tok Busu pun taknak kalah. Dia lagilah, pakai sandals je wehhhhh~ Dia pun "gedebuk" atas akar babe! Sumpah sakit tulang pinggul kau. Nasib tak ringan je mulut org tua tu. Hahaha

Dalam 9.10pm, kitorg sampai dekat 2nd river crossing dan alhamdulillah, bolehlah basuh sikit kasut yg dah sedia berat dgn selut dan lumpur-lumpur. Kak Aisyah dan berendam indah dah dalam sungai. 

Alhamdulillah, kitorg dah start jalan balak 9.15pm after river crossing dan teruskan perjalanan ke 1st river crossing. Kalini cabaran lebih mencabar. Jalan balak pun dah licin. Sepanjang jalan aku rasa aku shuffle je sebab seriously licin dan embun malam dah nak start keluar. Sejuk tu memang sejuk, tapi keringat ni pun segan-segan nak keluar. HAAAA kau, keringat~~~ Kadang tu ada jugak aku memandang ke belakang nak tgk org, tetiba memang takde org. Rupanya kawan Kak Roket dan injured jugaaaa~ Lututnya pun mogok juga. Aku tahu pun aku baru tahu sebab Papa yg bagitahu selepas kitorg dah selesai 1st river crossing. Papa suruh tggu org belakang. Kitorg pun, dapat la rehat sikit. Time tu cuma ada aku, Chapighah, Tott, Ijah, Ashraf, Papa, Kak Aisyah dan Abg Soni. Nasib baik dekat belakang ada A'eh, Budi, Tok Busu, Kak Roket and kawan Kak Roket tu.

Lepas dorg sampai dan dah river crossing, Chapighah terus spray perskindol and pakaikan knee guard dekat dia. Kitorg pun teruskan perjalanan lagi utk ke jambatan gantung yg roboh. Track dia sampai aku bergaduh jugak lah dgn Ijah sebab tak nampak jalan and licin. Aku percaya kasut aku mampu tangani dan jugak betis aku. Alhamdulillah, sampai jambatan gantung, aku dah bersyukur dan selawat panjang sebab dah sampai. 

Selepas 20minit, around 9.45pm kitorg sampai dekat jambatan gantung roboh. Ijah bantu aku utk redah. Alhamdulillah dgn bantuan, aku berjaya lepas rintangan tu cehhhhh hahaha masih meneruskan perjalanan yg penuh duri ranjau percintaan -- but bercinta pun tak payah mcm ni. Tapi aku masih diberi kekuatan supaya cepat sampai ke kereta.

Alhamdulillah, 10.10pm, aku sampai jambatan gantung yg terakhir dan teruskan perjalanan. Chapighah, Tott dan Ijah masih menanti group yg lain. Sambil tu dorg basuh kasut dan seluar. Tapi aku, Abg Soni dan Kak Aisyah meneruskan perjalanan terus ke kereta sebab nak buka kasut cepat. Tapak kaki dah sakit sgt sebab kulit tapak kaki dah lembut pastu ada pasir pulak, dia bergesel jadi sakit dan melecet. Tepat 10.30pm kitorg sampai dekat parking kereta dan menanti kehadiran yg lain. Dorg sampai around 10.45pm.

Masing-masing dah tak larat. Disebabkan semua dah basah dan kotor, A'eh, Budi, Tok Busu, Abg Soni duduk dekat dalam pickup Hilux kereta Kak Roket. Aku, Tott, Kak Aisyah, Chapighah dan Papa naik satu kereta -- Storm Papa. Around 15minit sampai ke homestay.

Alhamdulillah, sampai je dekat homestay, bagi mengelakkan perkara sama berlaku seperti Gunung Angsi dan Bukit Saga -- aku migrain and rasa nak demam, aku terus mandi and basuh rambut sekali. Ya Allah, dia punya segar tu, boleh rasa keindahan diri sendiri lah katakan. Hahahah sementara menunggu Chapighah, Tott, Ijah utk mandi, aku makan dulu. Mama dah prepare Nasi Goreng dan Air Kopi O Paneh. Pergh lagi terasa indah. Kemas beg and prepare nak balik.

Kami team KL ni yg terpaksa mandi awal sebab kitorg nak gerak balik KL. Pukul 12.35am, kitorg bergerak balik ke KL dan sampai destinasi pertama iaitu rumah aku pukul 2.00am. Sebab dari KKB ke KL around 1j30m. 

Aku tido pukul 2.15am dan bangun 6.30am terus gi kerja. Bak kata Papa, kalau ada ambil MC, makanya tak berjaya pendakian tu. Makanyaaaaa~~~ saya berjaya tawan Gunung Kutu walaupun 14jam!!!! 

Tak tau nak appreciate korg mcm mana sebab baca entry panjang berjela ni. Kalau ada typo ke apa ke, harap dimaafkan. Sekadar berkongsi! Semoga kalian diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan kalian ye. Tentiu sebab baca. Terharu titeee~ XO

Comments

Popular posts from this blog

Cara guna inhaler dan aerochamber

Padang and Bukittinggi, Indonesia 4D3N

Quality over quantity friends?