Gunung Angsi 30 Sept '18


Last Ahad, aku mendaki Gunung Angsi. Spot panas jugak utk zaman skrg. Acah budak muda nak mendaki. Kita ni cuma nak buat comeback. sbb dulu yelah naik gunung sekali je, tu pun time sekolah menengah. Aku rasa mcm Gunung Stong, tapi aku tak ingat la nama gunung apa. Aku ni cepat lupa ingatan tapi nak lupa kenangan lama memang susah gittuwww! heheh

Meh aku cerita pengalaman aku masa tengah sedap mendaki Gunung Angsi ni.

Tapiiii~~ Sebelum aku borak pasal pengalaman aku, aku cerita sikit la sejarah Angsi ni. Takde la sejarah tapi apa yg aku tahu jela. Aku ni buta sejarah sikit. 

Gunung Angsi ni terletak dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kalau korg nak tahu check point dia, boleh cari Eko rimba Ulu Bendul. Dia ada 2 check point utk sampai puncak. Satu kau lalu dari Ulu Bendul (recreation park yg aku bgtau tadi) dan satu lagi kau naik dari Bukit Putus. Apa yg aku dengar dari Papa Chip (Team Leader), Bukit Putus perjalanan dia lagi cepat sebab dia dah potong jalan yg susah tapi track dia mencabar sikit at the first place, but bagi manusia mcm aku yg pemalas nak exercise ni, mencabar gila lah hahah but you know, just follow your pace (speed) bebeh!

Okay, dah lah utk apa yg aku tau tu. Hehehe :P 

Punca aku follow team ni, sebab officemate aku, Chapighah, dia memang kaki hiking since 4tahun. So cun la ada member kaki masuk hutan macam aku. Disebabkan aku tak aktif and takde member yg sama minat, jadi aku pun malas. Dulu aku kaki 4X4 masuk hutan kehulu kehilir. Dia la yg encourage aku utk buat comeback. Aku beli kasut baru, sebab kasut lama dah halalan toyyiban dgn manusia durjana. Dgn semangatnya nak try kasut baru, seminggu direct tu aku gi jog la pakai kasut tu. Alhamdulillah, dia tak buat hal. Kasut memberi kerjasama. Cuma muscles jela yg tetiba tersedar drpd tidur. Baru start nak functioning gitu! 

Aku dari KL ke Kuala Pilah naik kereta Chapighah. Aku, Ijah (kawan Chapighah yg aku baru kenal 2minggu but dah mcm kenal 2thn) and Mok Ngoh (sepupu Mama Chapighah). Memula tu segan jugak nak tegur Mok Ngoh, lama2 Mok Ngoh pung layang gila aku juge hahahha 

Kitorg sampai ke chalet Ulu Bendul dah malam dah. Pukul 8pm mcm tu, semua org dah mandi and dah makan. Dalam pukul 9.30pm, Papa Chip  dah start taklimat and perkenalkan diri. Everything going well. So, lepas taklimat, baru aku start makan. Pukul 10pm cmtu, aku dah tak tahan mengantuk, terus aku mandi2 and then pukul 1am gak aku settle baru nak tido. Melayan dm lagi. Mana taknyaaaaaaa. 


Jom baca apa yg aku nak cerita and pengalaman aku time mendaki pulak. 
        


* biasa lah nama pun nak save cost. Ini tempat tidur malam aku. Dengan tak bawak sleeping bag nyaaaa, aku kuatkan iman gak ah tido kosong je hahaha sebenarnya ni loteng chalet tu.


Aku bangun paling awal sebab chalet ramai org, 3.30am aku dah sedar sbb nak mandi punya pasal. Lepas mandi and dah ada wuduk, aku tidur2 ayam je sbb jaga wuduk. Sedar2 dah pukul 5.35am. Aku solat then terus turun utk sarapan pagi. Mama (isteri Papa Chip and Mama Chapighah), dah settlekan nasi lomak. Tak makan byk but alhamdulillah aku berk jugak pagi tu. Taknak berat sgt, takut tak ternaik aku kang. 

Elok je makan, kitorg pun settle kasut pe semua, simple stretching tapi kesan dia alhamdulillah, takde sakit sgt nak sampai puncak tu. Then, settle semua benda, kitorg pun bergerak ke main check point iaitu ke Bukit Putus. 

So, bermulalah perjalanan aku. 




* ini pintu masuk dari Bukit Putus untuk naik ke Gunung Angsi


Sesampai je pintu masuk, Papa Chip dah settlekan permit and agihkan. Aku masih menanti Ijah and Chapighah utk naik. Maklumlah, kami ni ahli sweeper jerz. So, kitorg start dgn naik tangga batu lebih kurang 30 anak tangga pukul 7.20am. Utk panaskan badan kau okay ler. Pastu dia dah start dgn curam kecik. Org biasa panggil laluan balak la. Sbb byk pokok2 yg tebang dekat situ. Lepas 5 minit aku mendaki balak tu, start dah kaki gunung. Yg ni sumpah, aku menyumpah gak. Yela, aku ni dah lah berbekalkan iman je, nak taknak mental kena kuat. Takleh carik langsung. Kalau mental aku koyak, aku mmg patah balik la jawabnya. Sayang kot. Aku teruskan perjalanan lagi. Mendaki tu, mau bercinta dgn akar. Mana taknya, dagu bertemu lutut. Canak tak canak lah kan. 




*ini merupakan first track canak. Papa Chip kata ada landai sikit, tapi aku rasa semua rasa sama jeeee~ sebab payah jugak nak mendaki.





* ini track landai yg betul2 landai and dekat sini ada 2 gazebo/pondok utk rehat kejap lah. Dekat sini aku take 5 sementara tggu yg lain.


Lebih kurang 20minit kot aku sampai la ke tempat landai. Track dia best tau, sbb banyak landai and more relax. Alhamdulillah, after 30min selepas landai 20minit tadi, sampai first check point, rehat dalam 5 minit. Then dah nampak semua, kitorg teruskan perjalanan lagi lagi 1j30m ada la jugak sengkang 5 minit utk rehat, borak2, gelak2.  Track dia takde la payah sgt, mcm aku cakap tadi, kau takde stamina, mental kau cepat koyak, kau takde supporter, kau lupakan niat kau utk naik. Sbb benda ni semua kau kena kuat. Kau kena ikut pace kau sendiri. Jgn paksa diri time naik. Slow-slow pun takpe. Lagipun, track tu terang. Senang nak pegi and balik. Dia ada penandah arah. Kalau warna kuning utk naik, kalau warna putih utk turun. Simple je. 

Aku sampai atas puncak pukul 10.20am. Aku ingatkan lagi lambat sbb pace aku serious lambat. Org dah lama tak exercise. Badan pun dah serupa badak berendam. So, alhamdulillah, aku boleh nampak bentuk muka bumi Gunung Angsi, keindahan alam dia dari atas, and paling penting, beirut dia aku dah sentuh! Aku dah tawan, Gunung Angsi. 

Tak lama aku duduk atas sbb aku taknak lambat turun. So aku, Ijah and Chapighah pun start turun. Btw, geng sweeper aku ramai. Ijah, Chapighah, Raif. Time turun je Papa Chip baru follow ikut turun sama. Time turun, ingatkan lagi senang, jgn sangka senang, lagi payah drpd naik. 

AKU RELA LAGI UTK NAIK DRPD MELAYAN NAK TURUN GUNUNG! 


Bukan apa, aku training kejap, buku lali dan betis aku separuh nyawa gak. Yelah, kita turun kan, baru kita byk guna kuasa otot betis. Nak taknak tahan kaki kena kuat guna betis jela. Pesan Ijah, “Lutut tu nak pakai lama tu, Hucena!! Hati-hati. Jgn rush!!” Tetiba dia terus hilang. Rupanya dia dah pecut dulu sebab dia nak memerut yg dari pagi menahan. Bila time turun tu, pace aku lagi slow sbb kaki aku tak kuat. Kasut baru aku still functioning cantik. Gua suka kasut baru gua sbb dia gempak teroxxx hahaha :D 

Kitorg start turun 10.56am and selamat mendarat di main check point pukul 12.35pm. Target kitorg patutnya, sampai puncak paling lewat tgahri 12.30pm dan turun paling lewat ptg 2.30pm. Tapi alhamdulillah, we all made it. Berjaya turun dan berjaya balik ke chalet. Dekat sana, Mama dah prepare makanan, Menu padu pulak. Nasi, ayam masak lemak cili padi, sayur kacang panjang, air teh. Pergh. Paduuuuuuuuuu~ Tak terhingga sayang Mama sbb makanan heheheh

Aku dah pewai habis dah sebab dah lama tak exercise. Badan rasa dah start panas2. Nak mandi ramai org lagi. Tapi alhamdulillah we made it. 

Dah siap nak balik apa semua, boleh menyinggah makan cendoi pulakkkkkk. Mok Ngoh lah teringin sgt nak makan katanyaaaa~ hahahah semua Mok Ngoh teringin hahahah.

Dan dan pulak teringin cekodok labu. seriously, aku tak tipu, memang sedap cekodok dia. Mana dia dapat idea camtu tah aku tak tahu! tak faham betul aku kalau org buat makanan sedap ni, marah sungguh. Bila aku buat jadi fail. Shit! Hahaha emosi pulak

So kami pun pulang ke KL and Chapighah hantar sorg2 ke destinasi berikut haha alhamdulillah syukur semuanya selesai dan semua redhaaaaaaa sebab esoknya kerjaa. 


Comments

Popular posts from this blog

Cara guna inhaler dan aerochamber

Padang and Bukittinggi, Indonesia 4D3N

Quality over quantity friends?